Langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Sungai.
Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya
tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya
punca pencemaran dapat dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh
diambil adalah seperti berikut:-
a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik
supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu
disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi
selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi
rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah
wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan
perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas
supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke
dalam sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan
sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah
yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis
perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong
sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik
sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
c) Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui
longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat
strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga
memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan
sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya
dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap
tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem
saliran utama di sungai.
e) Kuatkuasa undang-undang.
Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan lagi undang-undang bagi mengatasi masalah ini. Pihak yang mencemarkan sungai haruslah didakwa mengikut undang-undang yang ditetapkan. Melalui cara ini, pencemaran sungai di negara kita dapat di atasi.
f) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang
bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV
mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.
0 comments:
Post a Comment