Sejarah: Tamadun awal manusia bermula di tepi sungai. Sebagai contoh, tamadun Hindu – Sg.Indus; tamadun Cina – Sg Hwang Ho; tamadun Mesapotemia – Sg.Tigris dan Euphratis. Dahulu sampai sekarang sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Antara kegunaan sungai yang penting kepada manusia ialah :
1. Sebagai sumber protein
- sungai merupakan
habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang
membekalkan sumber protein kepada manusia.
2. Sungai boleh
dijadikan tempat untuk beriadah
- tempat berkelah
- aktiviti memancing
- pusat rekreasi –
aktiviti bersampan, berkayak dan lain-lain.
3. Sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan
menambahkan pendapatan
- resort didirikan
- gerai-gerai dibina
- rumah persinggahan
4. Sungai sebagai sumber air kepada manusia
- manusia menggunakan
air untuk pelbagai tujuan: untuk minum, dan
kegunaan domestik-
mencuci, memasak dan mandi.
5. Sungai sebagai sumber tenaga
-Tenaga elektrik daripada hidro elektrik yang amat berguna kepada kehidupan seharian dan kegiatan industri.
0 comments:
Post a Comment