Tuesday, 11 December 2012

Punca-Punca Pencemaran Sungai



Antara punca-punca pencemaran sungai termasuklah:
  • Sisa buangan dari aktiviti industri seperti sisa toksid
  • Sisa buangan bahan kumbahan domestik contohnya dari loji kumbahan,atau air limbahan dari kawasan pembandaran dan loji rawatan air,kumbahan dari hotel-hotel serta bengkel kereta yang tidak bertanggungjawab atau tumpahan minyak dari enjin bot.
  • Pembuangan sampah sarap dari loji sampah atau tapak pelupusan sampah
  • Pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun serangga berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun perladangan.Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan lumpur ke sungai berdekatan
  • Aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan atau bangunan
  • Aktiviti penternakan haiwan seperti sisa kumbahan dari ladang khinzir
  • Aktiviti pembalakan,menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan timbunan lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas serta sungai menjadi cetek.
  • Sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan domestik dari setinggan
  • Aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau apa-apa sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai.
 

0 comments:

Post a Comment